spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Harjeet Singh dedah stafnya diberhentikan kerja gara-gara solat

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Seorang majikan syarikat keselamatan mendedahkan stafnya yang bekerja di Plaza Idaman, Gombak diberhentikan kerja dipercayai kerana solat.

Kejadian berlaku pertengahan Mac lalu dan satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Harjeet Singh dari Trimax Management and Services Sdn Bhd mendakwa stafnya, Abu Bakar Rahmat, 72, terkejut apabila dimaklumkan Pengurus Bangunan Plaza Idaman bahawa dia melakukan kesalahan kerana meninggalkan kerjanya untuk solat.

“Dia solat di tingkat dua, selepas itu ditahan pengurus yang memarahinya kerana solat.

“Dia memaklumkan perkara ini kepada saya, saya telah menghubungi pengurus berkenaan dan mengejutkan dia membalas Whatsapp saya memberitahu ” jika pekerja mahu solat hantar kerja tempat lain la.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana rakyat Malaysia, kita hidup berbilang bangsa agama.

“Saya bukan Islam tapi saya faham saya hormat staff berbeza agama. Saya bantu staf buat laporan polis dan polis sudah memanggil pengurus itu tetapi kontrak saya pula ditamatkan 30 April ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar meluahkan rasa sedihnya kerana ditamatkan kerja yang menyebabkan dia berhari raya dalam suasana tak semeriah sebelum ini.

“Tidak profesional, tidak timbang rasa, perkara ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases