spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

FOODSPACK sanggup rugi demi bantu peniaga B40

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Merasai keluh kesah peniaga kecil-kecilan yang sedang memulihkan ekonomi masing-masing, sebuah syarikat pembekal barangan pembungkusan makanan dan minuman, FOODSPACK sanggup rugi demi membantu rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (COO) FOODSPACK, Shahrin Ramly berkata, pihaknya memberi khidmat penghantaran percuma didalam radius 7km dari setiap cawangan.

Shahrin Ramly

Katanya, diskaun 20 peratus buat peniaga yang majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah atau B40.

“Ini bermakna, peniaga hanya perlu membayar RM80 untuk setiap pembelian bernilai RM100.

“Diskaun ini adalah usaha syarikat dalam meringankan beban operasi yang ditampung peniaga makanan dan ia boleh didapati di setiap cawangan FOODSPACK,” katanya kepada Wacanakini.com.

Shahrin memberitahu diskaun ini ditawarkan di kesemua cawangan FOODSPACK iaitu di Chow Kit, Danau Kota Setapak, Jalan Gajah Pudu dan Pandan indah.

“Dengan keadaan ekonomi yang amat membimbangkan, kami amat prihatin dengan masalah rakyat terutamanya yang berdepan masalah kewangan, dan sedaya upaya akan membantu menggunakan apa sahaja platform,” katanya.

“Pelanggan boleh menghubungi FOODSPACK di talian 013 3636066 dan 013 8855425 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” jelas beliau.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases