spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bazar Ramadan mudah ‘akses’

- Advertisement -spot_img

DAMAI : Anda pengguna perkhidmatan awam dan tidak tahu di mana mahu membeli juadah berbuka puasa tanpa perlu beratur panjang?

Kebanyakan stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Line di Lembah Klang menyediakan tapak untuk Bazar Ramadan.

Stesen-stesen Putra Line di Damai, Sri Rampai, Jelatek, Wangsa Maju, Taman Melati dan Sri Gombak di mana sebelahnya pengguna boleh berhenti dan terus membeli juadah pilihan.

Terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menyediakan kemudahan untuk rakyat dan peluang niaga untuk penjaja.

Hari kedua Ramadan, penulis singgah di Bazar Ramadan LRT Damai, tak perlu beratur panjang kerana di sini ala-ala ‘drive thru’ sahaja.

Pelbagai pilihan juadah di sini seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Kukus, Satay, Roti John, Murtabak, masakan Sarawak seperti Mee Kolok juga ada dan pelbagai pilihan air minuman.

Mudah bukan? Tidak perlu sakit kepala dengan kesesakan lalu lintas hanya manfaatkan sahaja pengangkutan awam.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases