spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Agong, Permaisuri positif COVID-19, Najib doa kesembuhan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataannya di sini hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara masing-masing hingga Khamis dan Jumaat ini.

Perkenan Seri Paduka Baginda berdua menjalani kuarantin kendiri selaras protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kes positif COVID-19 mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong sempena ketibaaan Ramadan turut menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 kelmarin.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan berpanjangan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook miliknya hari ini mendoakan kesembuhan kedua-duanya.

“Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan segera dan kesihatan yang baik untuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Daulat Tuanku.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases