spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Agong dan Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama rakyat Sarawak

- Advertisement -spot_img

Oleh ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengurniakan sumbangan kepada 30 Asnaf di Kuching, Sarawak.

Pengurniaan sumbangan daripada Tabung Baitulmal Sarawak yang berjumlah RM19,950 dilakukan sebelum waktu berbuka puasa di Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Negeri Sarawak semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Usai berbuka puasa, Yang Di-Pertuan Agong bersama Premier Sarawak dan tetamu kehormat lain menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama rakyat jelata.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta tetamu kehormat lain.

Terdahulu, Seri Paduka berdua mencemar duli mengunjungi Bazaar Ramadan Satok untuk membeli juadah berbuka tradisional Sarawak beramah mesra dengn rakyat jelata.

Kehadiran Seri Paduka berdua disambut meriah oleh rakyat Sarawak yang ramai hadir ke Bazaar Ramadan Satok petang semalam.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases