Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memaklumkan pihaknya banyak menerima laporan bas dilelong.
“Ia berikutan bantuan moratorium tidak diberi menyebabkan pengusaha syarikat pengangkutan tidak mampu bertahan.
“Bank tak beri moratorim, untuk membantu semua industri pengangkutan Bank Rakyat-
commercial-i khususnya untuk pengangkutan, kilang, mesin-mesin, mudahkan perjanjian jual beli.
“Tambahan pula negara berhadapan lebih dua tahun pandemik dengan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang menjejaskan sektor logistik.
“Saya pernah membangkitkan isu ini di Parlimen supaya institusi kewangan memberi perhatian membela nasib usahawan namun mereka tidak peduli,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Lori-Lori Baharu Mesra Transportation, di sini, hari ini.
Beliau turut menyarankan Akta Kredit Pengguna dapat dilaksanakan secepat mungkin dalam usaha membantu menyelaras dan mengawal pinjaman terutama sewa beli.
“Hampir semua pengusaha sektor pengangkutan yang meminjam dengan syarikat kredit tidak mendapat keistimewaan moratorium yang akhirnya aset pengangkutan mereka dilelong.
“Namun, status akta itu masih belum diketahui kerana ia berada di bawah Kementerian Kewangan.
“Saya juga menyarankan pengusaha yang ingin mendapatkan bantuan untuk bangkit semula juga boleh memohon pinjaman daripada dua bank di bawah KUSKOP, iaitu Bank Rakyat dan SME Bank.
“Dua bank ini menyediakan peruntukan untuk kemudahan sewa beli bernilai lebih RM300 juta dan ini adalah peluang untuk mereka,” katanya.
Noh turut menegaskan, semua agensi yang memberi bantuan pinjaman perlu memberi lebih perhatian kepada usahawan yang merayu untuk menyusun semula pembayaran pinjaman mereka.
“Jika mereka ini terbukti jelas tidak mampu bayar ansuran, beri perhatian supaya mereka ini dapat momentum untuk sama-sama bersaing semula dalam perniagaan ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mesra Transportation, Halim Shah Abd Hamid berkata, dalam tempoh setahun syarikatnya berjaya memiliki 19 lori dan lima van bernilai lebih kurang RM6 juta dengan kekuatan 60 pekerja.
“Saya berharap bantuan daripada kerajaan dapat memberi ruang dan peluang untuk saya terus membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa bagi meneruskan kelangsungan hidup.
“Kami juga memberi kembali dengan cara setiap hasil yang diperoleh sebanyak tiga peratus akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.