spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

76 Ahli Parlimen tandatangan petisyen sokong Maria Chin

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Seramai 76 Ahli Parlimen (MP) menandatangani petisyen bagi menyokong tindakan MP Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang berani menyuarakan hak bagi wanita Islam yang masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah negara, melalui siaran portal.

Mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga MP Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului senarai tandatangan petisyen itu, selain MP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; MP Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; MP Kota Raja, Mohamad Sabu; MP Penampang, Datuk Darell Leiking, MP Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, MP Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; MP Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; MP Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; MP Simpang Renggam, Maszlee Malik, dan beberapa lagi wakil rakyat lain.

Menurut kenyataan petisyen berkenaan, meskipun ahli pemimpin menghormati keputusan mahkamah syariah, bagaimanapun mana-mana sistem perundangan, sivil atau syariah harus terbuka kepada kritikan yang membangkitkan apa yang dilihat sebagai masalah institusi.

“Penghakiman terhadap kes juga merupakan perkara yang berkepentingan awam dan boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.

“Lebih-lebih lagi seorang seperti Maria yang mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai Ahli Parlimen.

“Komennya tidak mencarut atau berniat jahat. Ianya jelas dilakukan dengan niat baik dengan pandangan bahawa sistem perundangan syariah dan badan-badan lain akan mencari penyelesaian.

“Hakim-hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti kepada
masyarakat yang mereka berkhidmat, agar dapat melahirkan keyakinan terhadap badan
kehakiman,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu mengulas, mereka amat prihatin dengan nasib Maria apabila Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari, terhadapnya pada 25 April lalu.

Justeru, hukuman begitu terhadap seorang pemimpin yang menyuarakan hak asasi wanita, agak mengejutkan!

Sabit hukuman itu malah menimbulkan persoalan serius tentang ketidakwajaran
prosedur.

“Hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya (Maria) tanpa kehadiran beliau adalah salah dan, kami dinasihatkan, bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada mengenai penjatuhan hukuman.

“Bagaimanapun, kami akan menyokong Yang Berhormat Maria dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara beliau dalam membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam yang jelas walaupun kritikal terhadap sistem kehakiman syariah, sama seperti yang kami lakukan ketika berdepan dengan subjek sistem sivil,” demikian kenyataan itu.

Bagaimanapun, dimaklumkan, hukuman terhadapnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Terdahulu, Maria dilaporkan, dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati menghina mahkamah selepas beliau mengeluarkan kenyataan pada 5 September 2019 yang menyatakan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah.

Kenyataan Maria telah menimbulkan persoalan tentang hukuman penjara tidak seimbang yang dikenakan terhadap isteri kerana hanya menukar tarikh lawatan dengan notis penuh kepada suami.

Kenyataan itu dilaporkan “menghina” sistem kehakiman syariah.

Kenyataan Maria dibuat berhubung hukuman penjara tujuh hari yang diperintahkan oleh hakim yang sama terhadap ibu tunggal Emilia Hanafi, yang didapati bersalah menghina mahkamah.

Ibu berkenaan, yang mempunyai hak terhadap penjagaan anak-anaknya, atas permintaan anak-anaknya sendiri, telah menghantar satu surat untuk menukar tarikh lawatan kepada bapa mereka melalui peguamnya supaya dapat menghadiri satu aktiviti keagamaan.

Dia telah berjanji untuk menggantikan tarikh lawatan pada minggu sejurus selepas itu. Walaubagaimanapun, mahkamah mendapati Emilia melanggar perintah mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari.

Untuk rekod, sepanjang 30 tahun terbabit sebagai aktivis, Maria telah menyaksikan banyak kes membabitkan wanita Islam yang bercerai terpaksa melalui kesusahan dalam perjuangan mereka untuk mencari keadilan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases