spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

33 projek ‘sakit’ PR1MA dibatalkan memeningkan kepala – Fathul Bari

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Sebanyak 33 projek ‘sakit’ Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiga tahun lalu amat memeningkan dan membebankan.

Pengerusi PR1MA, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, apabila dibatalkan dasarnya oleh kerajaan, pihak kontraktor hantar ‘claim’ tuntutan ganti rugi bagi kos-kos bahan dan buruh yang sudah dihabiskan bagi membangunkan projek berkenaan.

“Pihak kami terpaksa teliti setiap tuntutan, perkembangan projek satu persatu, ia fasa cukup getir sehingga ada beberapa kes saman menyaman berlaku, kes jadi panjang lagi. Satu proses yang panjang dan tak menjana pendapatan.

“Pembatalan ini membabitkan kos yang banyak hingga ratusan juta ringgit untuk menjelaskan tuntutan dan segala kos kesan daripada keputusan itu,” katanya pada sidang media pada Majlis Ihya Ramadan PR1MA.

Majlis itu juga menyaksikan PR1MA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi meneroka penubuhan PR1MA Chair.

Antara tujuan MoU ini ialah untuk menyelaraskan inisiatif pengajian lanjutan kakitangan PR1MA dalam program ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kedoktoran UIAM, menggalakkan penyelidikan dan kajian khusus dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada perkembangan program PR1MA, serta kerjasama dalam penerbitan dan penganjuran program akademik.

Ketika ditanya apakah sekuriti untuk rakyat dalam isu perumahan apabila setiap kali pertukaran kerajaan, projek dibatalkan sedangkan rakyat sudah membayar deposit, kata Dr Fathul kerana itulah dia menggesa satu dasar dibuat bagi melindungi rakyat, kontraktor dan agensi.

“Sebaik-baiknya satu dasar dibuat agar projek-projek kepentingan rakyat (centrix) yang tiada justifikasi jangan dibatalkan sama sekali, ini politik murahan.

“Sekurang-kurangnya 10 projek dibatalkan itu sudah ada pembeli, ia amat menyusahkan bagaimanapun ia tak menghalang untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Tambahnya dalam tempoh empat bulan awal tahun ini, PR1MA mencapai jualan membanggakan bernilai RM400 juta dan jualan tertinggi keseluruhan bernilai RM1.3 bilion sejak tiga tahun lalu.

Sebanyak 29 buah residensi PR1MA dengan lebih 1,000 unit ditawarkan melalui Skim PR1MA Rent-to-Own (RTO)

Skim ini menawarkan pelbagai faedah kepada bakal pembeli termasuk kos kemasukan rendah, kos bulanan yang rendah untuk lima tahun pertama, serta harga rumah yang terkawal dan mampu milik.

PR1MA memeterai MoU dengan UIAM bagi meneroka penubuhan PR1MA Chair.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases