spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Yasin dakwa ganja untuk ubat bipolar

- Advertisement -spot_img

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merayu kepada Mahkamah Majistret di sini untuk memberikan jaminan berikutan berhadapan kesihatan mental yang kronik.

Malah, ada sumber memaklumkan penanaman 17 pokok ganja oleh Yasin dipercayai digunakan untuk perubatannya.

Yasin, 46, ketika hadir pendakwaan di Mahkamah Petaling Jaya memaklumkan semasa prosiding bahawa beliau menderita penyakit bipolar dan bimbang akan menyerang semula.

Semasa tahanan saya diberikan bekalan ubat tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini,” katanya selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai memberi hujahan di Mahkmah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu.

Sementara itu, Yasin yang ditemui pemberita sebelum didakwa pagi ini meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman memperjuangkan kebenaran penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

“Kirim salam kepada YB Syed Saddiq Abdul Rahman, minta (kerajaan) segerakan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya lagi.

Wacanakini.com sebelum ini secara eksklusif mendedahkan Yasin Sulaiman, seorang penyanyi nasyid yang mula popular era pertengahan 90 an dipercayai ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang di kediamannya di Casa Damansara 1.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases