KOTA TINGGI: “Saya bersyukur dan berterima kasih dengan kehadiran keluarga angkat daripada Arau, Perlis datang jauh dari hujung Utara ke Selatan.
“Hampir tiga minggu berada di sini, banyak perkongsian dan pengalaman yang diberikan terhadap kami semua. Rasa seperti keluarga besar dengan kehadiran 70 orang jentera Barisan Nasional (BN) Arau diketuai oleh Datin Shamsiah M Yassin”.
Demikian penghargaan Ketua Kampung Temenin Baru, Suhaimi Hashim buat jentera BN Arau yang membantu kelancaran Pilihanraya (PRN) Johor yang bakal berlangsung esok.
Tegas Suhaimi, harapan menggunung agar BN kembali mentadbir bagi memastikan kestabilan ekonomi dan politik negeri Johor kembali seperti dahulu.
Beliau yang juga merangkap sebagai Ketua Cawangan Temenin Baru ditemui di majlis bacaan Yassin di Surau Temenin Baru pada Khamis malam.
“Setelah dua tahun tidak dapat berkumpul begini, Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga mengadakan majlis bacaan Yassin yang diadakan sempena Israj Mikraj dan juga sempena hari Khamis.
“Inisiatif ini juga adalah salah satu daripada cadangan Datin Sham selaku ibu angkat kepada Temenin Baru. Meriah rasanya apabila dapat duduk berkumpul dan makan malam selepas membaca Yassin beramai-ramai,” katanya.