spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

TV Alhijrah tangguh siaran episod Kak Long 7E

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris menangguhkan siaran program Trending episod isu ‘Kak Long 7E’ selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan orang ramai.

Namanzee menjelaskan, pihaknya mengambil pendekatan untuk bersikap lebih berhati-hati pada masa hadapan dalam pelbagai aspek. Sekali gus, isu yang timbul banyak memberi pengajaran buat pihaknya. 

“Program Trending tidak diharamkan atau ditangguhkan sebaliknya episod membabitkan individu itu sahaja kita ‘put on hold’. Rasanya orang faham status itu. Rancangan itu diteruskan dengan pengisian berbeza. 

Kaklong 7E yang menjadi tular di media sosial

“Jujur apabila buat program Trending ia berbeza dengan program televisyen lain. Kita angkat isu tular dan mengenengahkan bagaimana seorang Muslim sepatutnyha bereaksi terhadap isu tular. 

“Apabila kita angkat, bermakna kita tidak pernah memilih bulu untuk menjadi ‘trending’ atau itu sesuai atau tidak sesuai.  Kita melihat pada ketika program itu dirakamkan, itu berkenaan sudah  memohon maaf secara terbuka. 

“Dan apabila melihat isu ini dari sudut ia berlaku, kita pandang dari sudut permohonan maaf itu. Kita tidak ada ruang untuk memikirkan masa depan apa yang akan berlaku,”katanya.

Terdahulu Namanzee ditemui pada Pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah, di sini, hari ini.

Menurut Namanzee, berlaku salah faham daripada hantaran dimuat naik pendakwah bebas, PU Amin selaku hos jemputan pada episod terbabit.

“Keperluan TV Alhijrah pula adalah tanggungjawab. Program ini nak tengok  lebih kepada macam mana Orang Islam akan beri reaksi pada isu itu. Jadi kita datangkan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki untuk memberikan tazkirah. 

“Sebenarnya untuk rakaman episod itu memang nak siarkan perkara itu yang mana lebih pada apa yang salah, apa yang tidak patut dia buat dan apa yang perlu dilakukan. Salah faham berlaku apabila hos jemputan PU Amin, dia mempromosikan episod pada ketika itu dan selesai rakaman dia ambil gambar. 

“Cara gambar itu diambil seolah-olah kita mengangkat individu itu. Sedangkan kehadiran ustazah di situ, mesej yang ingin disampaikan sangat baik. Ia berkaitan pada semua orang dan keadaan juga,” katanya. 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases