spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan tegur Teresa tidak pernah hadir ke PPS banjir

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : ” Tetapi untuk mengatakan Menteri tidak ada di Kuala Lumpur pergi ke Johor, tidak betul. Yang saya tahu ialah YB Seputeh (Teresa) tidak hadir dimana-mana pusat banjir,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (PH-Seputeh).

Teresa kemudian berdiri dan membidas, ” ini tidak adil, saya berada di kawasan saya, dan kereta saya tidak boleh bergerak kerana banjir di banyak tempat.

Shahidan pula menegaskan, yang dimaksudkannya adalah YB Teresa tidak hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tidak ada pembukaan PPS berlaku di kawasan YB tetapi YB mungkin hadir di kawasan tempat kereta dan sebagainya.

Menteri Wilayah itu menjelaskan beliau berada di ‘under pass’, Parlimen pada masa hujan turun luar biasa di Kuala Lumpur.

“Selepas Perdana Menteri memaklumkan hujan agak luar biasa, saya terus pergi ke tempat pemindahan dan setibanya di PPS baharu ada 30 orang daftar ketika itu.

“Sebelum meningkat jadi 100 orang, seramai 39 dari Kampung Pasir sehingga sekarang sudah 170 orang.

“Kami tiba ke lokasi kejadian sebelum banjir berlaku, kami meletakkan pemikiran bahawa mestibberpindah sebelum banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, berhubung pemindahan ke masjid, oleh kerana mereka terlibat dengan banjir, dikira sebagai mangsa banjir.

“Bagi setengah tempat yang tidak diwartakan sebagai pusat banjir , maklumkanlah kepada kita, kita akan ambil tindakan.

“Tindakan pertama, mereka perlu berpindah ke pusat yang diwartakan, kedua, jika mereka berpindah ke mana-mana tempat sebab banjir walaupun dirumah saudara mara tak dikira mangsa banjir sama seperti berpindah ke PPS.

Sebab mereka ini berskala kecil yang kita akan buat selepas itu. PPS yang diwartakan melibatkan semua kakitangan dikerah ke sana.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases