spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sentiasa sedia hadapi kemungkinan

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

JOHOR BHARU – “Kita kena lebih bersedia, kita mungkin tak tahu apakah kemungkinan yang akan berlaku sebelum berlakunya hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Anuar Manap.

“Jadi persediaan minda, tenaga dan sebagainya perlu kita perhalusi dan gerak kerja harus dilipatgandakan
supaya dalam masa dua hari ini kita beroleh kemenangan pada 12 haribulan.

Beliau tidak mahu meletakkan peratusan tinggi cuma lebih 50 peratus sokongan daripada pengundi sudah bagus.

“Ini berdasarkan kajian saya sendiri, turun ke lapangan, berjumpa dengan pengundi rata-ratanya mahu melihat Johor ini kembali stabil, makmur dan bersaing seperti sebelum ini.

“Berdasarkan rekod pentadbiran BN lebih 60 tahun, rakyat melihat BN adalah parti yang sebenarnya boleh dipercayai untuk kembali memberikan kegemilangan terutama dari segi ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri Johor,” katanya kepada Wacanakini.com.

Tambahnya dulu ada yang kata dengan kapasiti kaum cukup tinggi daripada bukan Melayu, mereka mengatakan peluang untuk memberikan undi kepada Melayu itu susah.

“Bagaimanapun perkara itu dah tidak berlaku lagi. Kebetulan kali ini saya sendiri akan bertanding di DUN Pemanis, jadi saya merayu kepada pengundi kita, isu-isu yang lalu, saya ingat kita ketepikan.

“Kita beri tumpuan bahawa kali ini BN perlu menang. Jadi jika BN di Johor hendak menang, kita perlukan kerusi di DUN Pemanis ini.

“Kepada pengundi, tolong pastikan sudah balik ke atau hendak pergi ke tempat mengundi, pastikan anda jangan tersalah pangkah.

“Sekurang-kurangnya biarlah undi yang anda berikan itu adalah undi yang benar-benar dapat memastikan Pemanis ini kembali ke pangkuan BN dan Johor kembali stabil, makmur pada masa depan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases