spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Saya tak harap layanan VIP, tapi jaga adab ye – Baby Shima

- Advertisement -spot_img

KANGAR : “Kepada abang baju putih berkacamata, saya datang memenuhi jemputan program jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Perlis untuk membuat persembahan, sepatutnya saya kena bersedia di booth dan belakang pentas lebih awal, hidup tu biar beradab.

“Saya ni kalau orang baik saya hormat, tapi orang cari pasal saya tak akan diam! Bukan saya sahaja. Sebab awak kerja orang lain tergendala!”.

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa terkilan dengan sikap individu yang didakwa cuba menghalaunya daripada menjalankan tugas atas jemputan nyanyian.

Pelantun lagu Pura-pura Bujang itu mendakwa individu terbabit cuba menyekat dan menghalaunya ketika memenuhi undangan nyanyian di Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, hari ini.

Menerusi Instagram, Baby Shima menegur cara dan sikap kurang adab individu tersebut.

“Ramai yang menyaksikan insiden itu, bukan saja awak tolak pintu tu tadi dengan kasar malah awak turut tengking saya!

“Nampak cara awak macam mana? Cakap baik-baik nak masuk tapi tunjuk lagak!

“Dalam hidup ini, orang ada pangkat atau tidak, adab kena jaga. Saya tak harap layanan VIP (orang kenamaan). Saya datang untuk bekerja dan menjalankan tugas yang telah dipersetujui.

“Saya bukan suka-suka nak masuk dewan tu, tapi semua atas tuntutan kerja. Saya harap, kejadian seperti ini tak berulang lagi,” luahnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases