spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Rosmah, Najib tak pernah minta tapi orang yang hendak bagi…

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa mereka tidak pernah menuntut, meminta atau berhasrat untuk membeli rantai berlian merah jambu bernilai AS$23 juta.

Pasangan itu berkata mereka hanya tahu yang seorang putera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed mahu menghadiahkan sebentuk barang kemas besar kepada Rosmah.

Juri hanya ditunjukkan invois untuk barang kemas itu, bukan barang kemas itu mahupun gambarnya.

Bukti yang ditunjukkan Schwartz itu bertentangan dengan dakwaan Najib pada 2018 yang berlian itu adalah hadiah daripada putera UAE, Sheikh Mansour.

Rosmah dan Najib mengulas pendedahan terbaru dalam perbicaraan bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng di New York itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan tiga peguamnya.

Ketika prosiding dua hari lalu, Tukang emas berprestij New York, Lorraine Schwartz memberitahu yang dia memperolehi perjanjian AS$23 juta untuk menjual kepada Rosmah Mansor seutas rantai berlian 22 karat.

Kenyataan media semalam dikeluarkan oleh tiga peguam Rosmah, Geethan Ram Vincent, Rajivan Nambiar dan Reza Rahim.

“Pada setiap masa material, anak guam kami dan suaminya hanya tahu yang seorang putera UAE, bernama Sheikh Mansour Zayed, berhasrat memberikan rantai berlian merah jambu sebagai hadiah kepada anak guam kami.

“Anak guam kami dan/atau suaminya pada mana-mana masa tidak menuntut, meminta dan/atau berhasrat membelinya.

“Nilai rantai itu juga tidak pernah diberitahu kepada anak guam kami dan/atau suaminya.

“Anak guam kami tidak pernah menerima rantai berlian merah jambu dan ini jelas apabila walaupun diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa, rantai itu tidak pernah ditemui dalam milikan anak guam kami,” menurut tiga peguam itu.

Anak guam kami juga tiada pengetahuan berkenaan invois yang ditunjukkan kepada juri dalam perbicaraan Roger Ng.

“Apa-apa pun, anak guam kami berpendirian pengeluaran invois sahaja tidak bersamaan dengan sebarang bentuk bukti konklusif membabitkan anak guam kami dalam pembelian rantai berlian merah jambu itu.

“Akhir sekali, anak guam kami menyatakan tindakan mensensasikan isu ini adalah satu lagi usaha cabul untuk memfitnah anak guam kami dan suaminya secara politik dan memetik kata-kata Margaret Thatcher, ‘jika mereka serang anda secara peribadi, ini bermakna mereka tiada satu pun hujah politik yang tinggal’,” kata mereka.

Rosmah kini berdepan dua perbicaraan jenayah di mahkamah, iaitu perbicaraan rasuah berkaitan projek tenaga solar hibrid untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion dan kes pengubahan wang haram dan elak cukai berjumlah RM7 juta.

Suaminya pula telah disabit bersalah bagi pertuduhan rasuah SRC International berjumlah RM42 juta dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Dia kini dalam proses rayuan untuk mengetepikan sabitan itu di Mahkamah Persekutuan.

Dia juga berdepan beberapa lagi perbicaraan, anaranya kes rasuah RM2.28 bilion dana 1MDB, kes pindaan laporan audit 1MDB dan kes pecah amanah jenayah bernilai RM6.6 bilion melibatkan International Petroleum Investment Company (IPIC).

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases