spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PSM mohon kurangkan 50 peratus denda

- Advertisement -spot_img

Berikut adalah kenyataan media oleh Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Abidullah Salleh hari ini.

PSM mengambil maklum akan surat bertarikh 28 Februari 2022 telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkaitan pembayaran denda sebanyak $15,000 (RM62,779.50) dalam tempoh 72 jam dari tarikh surat
dikeluarkan.

Susulan itu, PSM telah mengeluarkan surat permohonan pengurangan denda sebanyak 50% kepada ASTAF pada 2 Mac 2022.

PSM terus komited untuk bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada Ahli Gabungan ASTAF dalam memperkukuhkan lagi pembangunan sukan sepaktakraw di rantau Asia.

Terdahulu, laporan media menyebut ASTAF sedia mempertimbangkan kemasukan semula Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungan dengan syarat badan itu melangsaikan hutang tertunggak kepada ASTAF.

Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat menerusi surat balas kepada Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh, PSM perlu melangsaikan kos sesi pendengaran panel disiplin sebanyak RM62,779.50 dalam tempoh 72 jam atau selewat-lewatnya pada 3 Mac ini.

Keahlian PSM digugurkan pada 20 Mei tahun lalu. Namun PSM gagal membayar balik kepada ASTAF denda RM62,779.50 itu bagi menampung kos keseluruhan perbicaraan tatatertib dalam tempoh 14 hari seperti yang maklumkan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases