spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penyertaan wanita dalam politik, ekonomi masih rendah

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan politik masih lagi rendah.

Katanya, walaupun ia realiti yang perlu diterima walaupun skor Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global 2021 menunjukkan, Malaysia berjaya merapatkan jurang dalam subindeks pendidikan dan kesihatan.

“Dalam bidang ekonomi dan pekerjaan misalnya, kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan masih rendah iaitu 55.6 peratus berbanding lelaki iaitu 80.8 peratus. Di Australia dan Singapura misalnya, lebih ramai wanita terlibat dalam pasaran buruh, iaitu masing-masing 73.8 peratus dan 69.7 peratus.

“Selain itu, daripada setiap RM100 gaji dan upah yang diterima lelaki, wanita hanya menerima RM94.07.

“Jurang ini semakin meningkat terutama dalam kalangan wanita B40, kesan daripada pandemik COVID-19,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wanita 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases