spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penyanyi nasyid Yasin ditahan tanam 17 pokok ganja

- Advertisement -spot_img

Oleh Nur Lina Mastura

Petaling Jaya: Penyanyi nasyid yang juga komposer muzik ditahan kerana menanam dan memproses pokok ganja di kondominium di Kota Damansara, di sini, diserbu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada 5.30 petang itu.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di bahagian bawah sebelah kanan almari di dalam salah sebuah bilik.

“Kami turut menemui satu lagi pokok dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja di dalam almari baju,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya turut menemui satu bekas plastik di atas kabinet dapur mengandungi dua plastik lut sinar ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.

“Keseluruhan dadah yang dirampas termasuk 17 pokok ganja terbabit dianggarkan bernilai RM40,700 yang boleh dibekalkan kepada 214 penagih.

Polis turut menyita sebuah kereta serta sejumlah wang tunai.

Kami turut merampas satu botol cecair pemusnah serangga, satu alat pengukur, kandungan PH air, satu alat penyukat suhu, tujuh lampu, satu alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan, satu pasport serta kad pengenalan milik suspek serta satu rangkai kunci,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan ganja kering di sekitar daerah ini.

“Suspek dipercayai menanam pokok ganja berkenaan dengan membeli sendiri benih dan belajar menanamnya melalui media sosial sejak dua bulan lalu.

“Berdasarkan pengakuan suspek, pokok ganja itu ditanam untuk kegunaan sendiri. Kami masih menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan benih berkenaan,” katanya.

Katanya, hasil ujian saringan awal suspek mendapati dia positif ganja dan mempunyai sejarah penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.

“Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Wacanakini.com sebelum ini mendedahkan secara eksklusif, penyanyi nasyid itu adalah Yasin Sulaiman, seorang penyanyi nasyid dan komposer yang mula popular era pertengahan 90 an dipercayai ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang semalam di Casa Damansara 1.

Beliau pernah bersama kumpulan Brothers dan memenangi Anugerah Juara Lagu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases