spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pendekatan Presiden UMNO lebih baik – Shahidan Kassim

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Kerjasama dan kebersamaan menjadi titik tolak perjuangan UMNO mendukung Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri menerajui kerajaan disamping memperkuatkan parti bersama kepemimpinan lain.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini, berkata parti akan memberi dukungan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri manakala beliau dan kepemimpinan UMNO lain akan terus memperkuatkan parti.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan pendekatan ucapan dasar Presiden UMNO itu lebih baik.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berpandangan, Perdana Menteri daripada wakil UMNO ketika ini terus menerajui kerajaan hari ini, namun pada masa yang sama kepemimpinan parti dapat melakukan yang terbaik demi kelangsungan parti pada masa akan datang.

“Apa parti (UMNO) putuskan, kita akan ikuti, tetapi semasa kita dalam kerajaan (hari ini), kita akan buat yang terbaik.

“Sebagaimana yang Presiden (UMNO) sebut tadi, Datuk Seri Ismail Sabri jaga kerajaan, dan dia (Zahid) jaga parti, itu pendekatan lebih baik. Paling penting ada kebekerjasamaan (kerjasama dan kebersamaan),” katanya ketika ditemui pemberita, selepas ucapan dasar di perhimpunan itu.

Terdahulu, Presiden dalam ucapan dasar menggariskan beberapa perkara yang perlu dilengkapkan ke arah persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan meraih mandat rakyat.

Kearah itu, Presiden menegaskan UMNO perlu mengemudi pembaharuan. Seperti yang dibahaskan oleh ramai perwakilan, parti perlu menawarkan ‘new deal’ (urus janji) kepada pengundi.

Presiden juga mengajak semua dalam parti untuk membulatkan tekad, mengenepikan segala sengketa dan bersatu hati dalam menghadapi lawan, tanpa wujud istilah Kabilah, Kluster, atau Puak. kecuali keluarga besar UMNO.

Dalam mesejnya juga jelas, berkenaan dukungan terhadap Perdana Menteri dan kepemimpinan parti.

“Kini wakil kita menjadi teraju kerajaan…Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Datuk Seri Ismail jagalah kerajaan elok-elok, kita memberi dukungan kepada Perdana Menteri kita.

“Insya-Allah, saya dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan rakan-rakan lain, kita akan jaga parti. Kami akan perkuatkan parti, Perdana Menteri perkuatkan kerajaan, kita harus seiring jalan, kerajaan dan parti harus seiring jalan,” katanya.

Ketibaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO 2021 di PWTC.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases