spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Peluang niaga Festival Ramadan Putrajaya

- Advertisement -spot_img

PUTRAJAYA : Rasa macam nak Raya!

Mana taknya, sudah dua tahun jualan makanan Ramadan dijalankan tetapi dengan SOP yang amat ketat.

Kini suasana itu bakal berubah setelah operasi bazar Ramadan di semua Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut SOP ditetapkan tetapi tidaklah seketat awal-awal dulu.
Pada awal Februari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, lesen berniaga dibuka seluas-luasnya untuk peniaga bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menjual lesen kepada pihak lain.

Menurutnya, peluang itu wajar diberikan kepada peniaga bagi membantu golongan itu pada pasca Covid-19.

Peluang berniaga ini termasuk di Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya menjemput usahawan-usahawan untuk memeriahkan Festival Ramadan Putrajaya 2022.

Karnival Jualan Raya Anjung Syawal, Laman Iftar dan Kiblat Walk diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Operasi perniagaan adalah dari jam 10 pagi hingga jam12 tengah malam

Orang ramai yang berminat boleh hubungi pihak penganjur, ANS Diversified Sdn.Bhd. 012-350 5861 untuk sewaan tapak niaga.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases