KUALA LUMPUR : Aktor Zul Ariffin memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan klip video panas yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Jumaat lalu.
Zul,36, menjelaskan akan lebih teliti dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosialnya.
“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua maklum balas dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.
“Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.
“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” kata Zul.
Zul mencetuskan kontoversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaru lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram miliknya.
Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa.
Antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa danmenggendong wanita itu dari depan.
Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.