spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

MoU muslihat terdekat pembangkang hancurkan UMNO, BN

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Memorandum persefahaman (MoU) dipercayai dijadikan sebagai platform pembangkang untuk merancang muslihat menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara tersembunyi.

Dipercayai, persetujuan pembangkang menandatangani MoU bersama kerajaan seperti peluang terbaik memecah-belahkan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apabila pembangkang bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu.

Justeru tegas beliau, UMNO seharusnya sedar bahawa lawan-lawan itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan parti.

“Dalam legenda Helen of Troy, seorang wanita telah menghancurkan sebuah negara daripada dalam. Kita seharusnya sedar bahawa lawan-lawan kita itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan kita.

“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu. Saya percaya, mereka menerima kita, kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita.

“They never love us! (Mereka tidak pernah suka kita) Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita. Sedarlah! You are sleeping with your enemies. Mereka menyimpan belati dalam selimut kita.

“Apakah kita mahu menyambung MoU itu lagi? Kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya dipetik Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Jumaat.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases