spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Mahasiswa gesa pensyarah UiTM hina pelajar miskin diambil tindakan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah dikritik kerana mengcela seorang pelajar miskin yang tidak mampu memiliki komputer riba untuk kelas online.

Rakaman video hinaan itu tular di laman sosial Facebook, Twitter serta TikTok sejak semalam.

Mengikut ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, professor tersebut merupakan pengajar di Uitm Perak Kampus Sri Iskandar.

“Tak semua orang lahir dalam keadaan yg terus senang. Bila ada sorang prof dari UiTM Perak kampus Seri Iskandar cakap mcm ni dekat kami ex-stud, kami semua masih rasa terhina dan terkesan dari setiap kata kata dia. Korang nilai lah sendiri

Susulan penularan video tersebut, Mahasiswa Keadilan Malaysia menyeru Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap tenaga pengajar tersebut.

Seorang pengguna Facebook Fazrina Muhamad Fahmi menulis di laman sosialnya berbunyi:

To Prof Roshana Takim , jika balasan kepada penghinaan itu tidak diterima oleh Prof sendiri, semoga Allah turunkan balasan kepada anak2 & cucu2 Prof satu hari nanti. I just hope u will live long enough to witness it.

Insiden ini mengingatkan saya kepada kata2 seorang kenalan baru2 ni yang bercakap tentang MRSM, “kan MRSM bagi keutamaan kat B40, engkau tau la budak2 B40 ni macam mana.

Bukan pandai pun, tapi dapat MRSM sebab B40. Aku tak nak anak aku bergaul dengan budak2 mcmtu.”

Speechless masa tu, and speechless again today. 2022 dah, wujud lagi spesis2 sebegini

Sama2 kita jadikan pengajaran.
Be humble.Do good always.Be better, because we can

Video berkenaan meraih hampir 700,000 tontonan dan 40 ribu retweet serta komen yang rata-rata mengecam tindakan professor tersebut.

Hati-hati hari ini dunia tanpa sempadan, jika anda melampau batas pastinya hidup anda tidak akan tenang!

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases