Harapan rakyat musnah apabila cadangan pengeluaran KWSP buat kali terakhir, i-Ceria ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Agensi itu baharu sahaja mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021 yang lebih tinggi berbanding 2020.
Malah isu ini turut dicadangkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli agar dapat direalisasikan bagi membantu rakyat.
Namun akhirnya harapan rakyat itu berkecai apabila KWSP kekal tidak membenarkan pengeluaran oleh pencarum sebelum had umur yang ditetapkan.
Hipotesis ini menular setelah banyak maklumat yang disembunyikan kepada rakyat termasuk ‘senarai narcos’ 1MDB yang baru-baru ini mengejutkan rakyat di mana masih ramai VIP terlibat menerima dana 1MDB yang tidak didedahkan sejak siasatan dijalankan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.
Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).
“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.
Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, cadangan i-Ceria ini diusulkan kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, data pekerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.
Oleh sebab ini, tiada lagi pengeluaran KWSP @ i-Ceria diperlukan, sebaliknya fokus terhadap membina simpanan hari tua.
“Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara).
“KWSP akan terus fokus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua pencarum.
Baru-baru ini Presiden Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), Kamarudin Mohd Hussain mencadangkan pindaan Rang Undang-undang dipinda bagi memperluaskan istilah ‘Masa Tua”
Bencana wabak Covid-19, PKP, serentak dengan banjir, hilang kerja, tempat awam ditutup dan sebagai seperti yang dialami ramai ketika ini adalah masa tua KWSP.
Oleh yang demikian tidak sepatutnya wang pencarum disekat (dirompak?) daripada dikeluarkan.
Jika masih juga tidak dibenarkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki atau sesiapa sahaja boleh bawa ke Parlimen bagi benarkan ahli untuk keluarkan semua duit mereka dan simpan di dalam satu bank khas khusus untuk duit ini dan mereka bebas untuk keluarkan pada bila-bila masa.
Tubuhkan bank khas itu sama seperti tabung haji, bank kerjasama, bank koperasi, bank pertanian dan lain-lain.
Jika agensi kerajaan dah gagal serahkan kepada AGENSI RAKYAT.
KWSP bimbang hari tua
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah, kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.
“Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.
“Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai.