spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KWSP : PM buat keputusan pro rakyat

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 adalah bukti keputusan pro rakyat.

Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, Ismail Sabri memilih keperluan dan kehendak rakyat dengan menggunakan sepenuh kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, ia berikutan Menteri Kewangan dan beberapa Menteri sebelum ini menolak tuntutan rakyat berkenaan atas alasan bimbang simpanan hari tua terjejas.

“Namun Perdana Menteri yang memiliki kuasa luas dan mutlak dalam hal ini memutuskan bahawa ia wajar dilaksanakan demi kebajikan dan nasib rakyat yang belum pulih ekonomi sejak berdepan kesan kesihatan global.

“Ini adalah keputusan berani dan tepat serta disokong oleh majoriti rakyat pelbagai peringkat yang amat memerlukan simpanan mereka untuk membayar hutang atau memulakan hidup dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Pengeluaran RM5,000 pada bulan Ramadan manakala RM5,000 lagi pada bulan Syawal amat menggembirakan hati rakyat, ia waktu paling sesuai dan kita harapkan ada sinar baharu untuk ekonomi negara,” katanya kepada Wacanakini.com.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri itu petang tadi.

Berita baik itu juga memberi nafas lega kepada netizen yang amat memerlukan bantuan kewangan dalam keadaan terdesak bagi meneruskan kelangsungan hidup dan memudahkan urusan mereka.

Perdana Menteri menerusi Facebooknya, berkata kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Beliau dipetik berkata, berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia diwakili Ketuanya Datuk Nadzim Johan serta pegawainya, Gulab Jan Fazal Eladi tidak henti-henti membawa isu ini kepada Ahli Parlimen dan parti politik agar ia diketengahkan dan diterima oleh kerajaan.

Sebelum ini, Pemuda UMNO menerusi Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
antara pihak yang lantang menyuarakan gesaan agar kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran caruman berkenaan berikutan kehidupan rakyat yang terhimpit akibat Covid-

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases