spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kerajaan lulus gaji minimum bermula 1 Mei

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Beliau berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan menekan golongan B40. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.

“Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,” katanya dalam ucapan penggulungan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu kepada syarikat, perusahaan kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar RM1,500 kepada pekerja mereka.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diarah untuk berbincang bagi membolehkan syarikat dan perusahaan seumpamanya menangguhkan perkara berkenaan.

“Bagi syarikat kecil, mikro dan yang berkurangan pendapatan Menteri Sumber Manusia akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

“Ini termasuk koperasi kecil yang tidak mampu membayat RM1,500 sebulan, supaya kita tangguhkan pelaksanana gaji minimum kepada syarikat kecil ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases