spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kerajaan Johor sediakan 3,200 lot tanah untuk generasi kedua FELDA

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyediakan 3,200 lot tanah kepada generasi kedua FELDA bagi membina kediaman.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, agenda perumahan untuk generasi kedua FELDA adalah antara komitmen berterusan kerajaan malah antara tawaran yang dimasukkan dalam Ikhtiar Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kerajaan Johor menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) sudah mengenal pasti 3,200 lot tanah bagi membangunkan rumah generasi kedua FELDA.

“PKPJ sedang meneliti kesemua lot tanah itu kerana kerajaan Johor tidak mahu kediaman generasi kedua FELDA dibina di kawasan terpinggir dan tiada infrastruktur.

“Kawasan yang mempunyai infrastruktur antara kriteria yang ditetapkan kerajaan negeri bagi memastikan keselesaan generasi kedua FELDA,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembeli Residensi Larkin Indah, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembeli Residensi Larkin Indah, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor berkata, penubuhan PKPJ Januari lalu adalah bukti komitmen berterusan kerajaan Johor bagi menyelesaikan isu perumahan rakyat di negeri ini.

Katanya, PKPJ akan menjadi agensi tunggal yang menguruskan isu perumahan dan hartanah di negeri ini, sekali gus segala isu berbangkit akan dapat ditangani secara khusus dan lebih menyeluruh.

Menurutnya, PKPJ juga bakal menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam merancang, membangun, mengawal dan menguat kuasa semua perkara berkaitan perumahan serta hartanah di Johor.

“Kerajaan Johor menerusi PKPJ sedang menggerakkan Program Khas Rumah Johor bagi membolehkan pembinaan sebanyak 115,000 unit kediaman mampu milik di negeri ini.

“Ia berikutan sebanyak 153,000 rumah mampu milik gagal dibina pemaju sejak 20 tahun lalu berikutan pelbagai kekangan termasuk faktor ekonomi.

“Langkah ini bagi membolehkan golongan sasaran membabitkan rakyat Johor daripada kategori B40 dan M40 mampu memiliki kediaman sendiri dan tidak lagi terpaksa menyewa dalam tempoh lama terutama graduan baru bekerja selain pasangan baru berumah tangga,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases