spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kenapa IGP tidak pertahan keperluan lanjutan SOSMA?

- Advertisement -spot_img

Ini adalah analisis kewartawanan penulis, boleh setuju atau tidak dengan analisis di bawah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani sewajarnya lebih tegas mempertahankan Akta SOSMA yang cuba dikurangkan kuasanya oleh ‘orang politik’.

Kenyataan beliau semalam, bahawa polis menerima keputusan keputusan Dewan Rakyat, menolak usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), selepas 31 Julai 2022, mengejutkan ramai.

Kenyatan media Polis Diraja Malaysia pada 23 Mac 2022

Acryl mengulangi istilah tiada lagi kuasa penahanan selama 28 hari ke atas individu-individu yang ditahan bagi siasatan melibatkan kes-kes keselamatan bersifat kompleks.

Tindakan terbabit menimbulkan tanda tanya di hati rakyat kenapa IGP tidak mempertahankan anak buahnya dalam menjalankan tugas dibawah dibidang kuasa SOSMA?

Ini bukan gubal akta baharu tetapi ‘renew’ sahaja seperti ‘renew road tax kereta’.

Kenapa tidak dicadangkan undian itu dibatalkan kerana tidak cukup kehadiran Ahli Parlimen? 50 MP tidak hadir mengundi.

Suara-suara rakyat mempersoalkan adakah beliau ponteng ketika taklimat peri pentingnya SOSMA ini untuk dilanjutkan tempoh tahanannya bagi tujuan mengumpul bukti dan sebagainya?

Peruntukan tahanan 28 hari perlu diperbaharui setiap lima tahun di Parlimen, sebagai melanjutkan tempoh siasatan ganti Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

Orang kena tahan dibawah CPC , perlu di bawa ke hadapan majistret dalam 24 jam , kemudian polis mengeluarkan reman tiga hari, kemudian tambah tujuh hari lagi, kemudian tambah tempoh maksima 14 hari, jika tiada bukti, kena lepaskan.

Kenapa tempoh tahanan 28 hari? Kerana jenayah kompleks, terancang, bawah tanah perlukan kaedah rumit seperti analisis data digital dan lain-lain serta pengesanan rangkaian jenayah dan sel mereka.

Berjaya ke prosidur ini? Sebagai contoh kes pengeboman Movida Boulevard Puchong Selangor pada 2016 melibatkan penahanan 40 suspek, polis mendapat bukti dapat dari komputer riba dan telefon yang mengambil masa 28 hari.

Pada 10 Oktober 2016, Imam Wahyudin Karjono, 20, penganggur dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, operator kilang didakwa bersama-sama melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan menggunakan fius level jenis ‘Fuze M213’ sehingga menyebabkan kecederaan lapan mangsa. Mereka masing-masing dipenjarakan 25 tahun.

Tahanan SOSMA Imam Wahyudin Karjono dan Jonius Ondie @ Jahali dihadap ke mahkamah untuk dibicara- Foto NST

Bayangkan jika ada lagi dua lelaki lain lontar bom ‘grenade’ sama sekitar negara, adakah kita rakyat rela suspek ini diberikan hak dan dibebaskan ?

Adakah kita masih lagi dalam ‘mode’ menunggu orang baling bom baru hendak ambil tindakan, baru hendak ‘wake up call’?

Kes seperti pengeboman di Movida Boulevard Puchong Selangor pada 2016 inilah yang perlu siasat dan kurung 28 hari. Sudah terbukti SOSMA berjaya sebelum ini.

Bayangkan dengan Akta SOSMA pun sukar nak bawa penjenayah atau pengganas ini untuk didakwa kerana pembuktian terlalu kompleks, jika tiada SOSMA apa akan jadi agaknya?

Movida Boulevard Puchong Selangor selepas dibom pada 2016

Lebih aneh ada portal berita memainkan propaganda bahawa SOSMA ini menguatkuasakan tahanan tanpa bicara (detention without trial) sedangkan di bawah akta ini tahanan tetap dibawa ke mahkamah untuk bicara sebagaimana kumpulan pengganas LTTE pada tahun 2018.

Bekas Ketua Polis Negara Tan, Sri Musa Hassan berdasarkan ciapan Twitternya pula secara halus mempersoalkan kenyataan polis itu dan tindakan Ahli Parlimen yang membantah.

Musa Hassan meluahkan kebimbangan bahawa negara dan rakyat dalam bahaya tanpa SOSMA.

“Wakil rakyat tak pentingkan keselamatan negara. Bagi saya, setiap negara ada undang-undang keselamatan dia.

“Jadi kalau Malaysia tak mahu undang-undang keselamatan, you (kamu) terimalah akibatnya kalau apa-apa jadi,” katanya.

Usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin itu gagal diluluskan selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang usul itu manakala 84 menyokong. Baki 50 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mencadangkan Dewan Rakyat melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) selama lima tahun lagi bermula 31 Julai.

Subseksyen 4(5) SOSMA membolehkan polis menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Kegagalan usul dirai dengan sorakan gembira barisan Ahli Parlimen pembangkang, seolah-olah itulah perjuangan mereka selama ini. Persoalannya adakah itu baik untuk masa depan 33 juta rakyat yang lain?

Ditanya apa yang akan berlaku kepada mereka yang ditangkap di bawah SOSMA, Musa berkata:

“Untuk yang pernah kena tahan, kalau tak disambung (SOSMA), kena dibebaskanlah, rasanya begitu..”

Menerusi ciapan Twitter Musa Hassan bertanya,

Apakah peranan rakyat dalam menjaga Keselamatan Negara?

  1. Rakyat melantik wakil di Parlimen untuk mewujudkan peruntukan undang-undang menjaga keselamatan Negara.
  2. Memilih pemimpin yang betul dan tepat.
  3. Melaporkan kepada pihak berkuasa.
  4. Menanam sifat patriotisme dikalangan rakyat.
  5. Mempelajari untuk menghormati dan bertoleransi sesama masyarakat.
  6. Kempen kesedaran tentang keselamatan Negara.

Seorang IGP wajib mempertahankan undang undang yang sedia ada dan melindungi “ anak anak buah” ( anggota polis cawangan counter terrorism) dalam melaksanakan siasatan kes SOSMA.

Beliau sepatutnya lebih tahu kekangan dan kesulitan mendapatkan bahan bukti .

Tak perlu menjadi “yes man “ dalam permainan agenda orang politik.

Jaga dan lindungilah pasukan sendiri agar AMAN dalam Negara.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases