spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kecekapan pengurusan banjir, KL tak lumpuh

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Sembilan kawasan sekitar ibu kota yang dilanda banjir kilat petang semalam tidak menyebabkan wilayah ini lumpuh, hasil tindakan pantas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dalam mengurus bencana itu.

Shahidan mengeluarkan arahan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan mangsa banjir dengan pemasangan khemah dan pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Baru.

Menerusi rekod awal jawatankuasa itu, sebanyak 101 keluarga yang terkesan dari Kampung Periuk diminta bermalam di PPS.

Yayasan Wilayah Persekutuan turut menghulurkan bantuan makan kepada mangsa.

Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat adalah Jalan Kuchai Lama, Jalan Air Keroh-Air Panas, Jalan Leboh Ampang, Taman Salak Selatan, Taman U-Thant, Taman Sri Petaling, Jalan Cheras Batu 2 1/2, Kampung Periuk dan Kampung Pasir.

Menurut kenyataan itu, di Jalan Cheras Batu 2 1/2 pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat yang telah menyebabkan tebing runtuh di sebuah taska.

Antara bantuan yang dihulurkan adalah berbentuk makanan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kepada penduduk yang terjejas akibat bencana itu.

Tindakan pantas bagi menyelamatkan anak-anak Taska Roskani JKR Jalan Cheras dan para pelajar OKU SMK Convent Bukit Nenas, di sini oleh Pasukan Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases