spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

JPKM sasar peluang IPT untuk 50,000 pelajar susah

- Advertisement -spot_img

SEGAMAT – Seketariat Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) bakal jelajah ke seluruh negara menyasarkan 50,000 pelajar dari golongan berpendapatan rendah untuk dibantu.

JPKM dilancarkan peringkat nasional oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bermula awal Mac 2022 sehingga penghujung April 2022, dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi Mencari, Mengenal dan Membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang kemampuan dari segi kewangan di seluruh negara 2016 – 2021 untuk mendapat peluang kedua melanjutkan pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada majlis pelancaran JPKM

Ismail Sabri berkata, beliau amat berbesar hati dan bangga melihat usaha pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, Institusi Kemahiran Tinggi dan rakan strategik di seluruh Malaysia yang bersama sebagai Keluarga Malaysia bersatu demi memartabatkan pendidikan anak bangsa.

“Kita sewajarnya perlu bersyukur hidup dalam kepelbagaian agama dan bangsa tetapi masih harmoni di negara ini, tidak dilupakan juga pendidikan merupakan suatu keperluan dituntut dalam agama juga bagi melahirkan insan yang berilmu dan pengetahuan tinggi dalam masa sama akan turut membantu kepada kemajuan sesebuah negara ,ujar
beliau,” katanya ketika merasmikan JPKM di Dewan Serbaguna Jalan Genuang,
Segamat, Johor.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Ir Dr Hasni Mohammad, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Dato’ Dr. Masrizal Muhammad, Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali.

Pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian JPKM bersama15 rakan strategik dan PRIHATIN.

Di antara rakan strategik program ini adalah MARA, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Antarabangsa UNITAR.

Dianggarkan sebanyak 40 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institusi Kemahiran Tinggi dan rakan strategik lain mengikuti JPKM 2022 pada kali ini.

Manakala, antara Universiti Awam yang turut serta adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan lain-lain.

Selain itu, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyertai JPKM
2022 ini.

JPKM merupakan kesinambungan dari Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) yang telah dianjurkan pada tahun 2016 – 2018.

Program yang berbentuk pameran pendidikan ini, melibatkan penyertaan seluruh Universiti Awam (UA) dan Institusi Kemahiran Tinggi dalam negara.

JPKM 2022 ini adalah inisiatif dan projek khas Perdana Menteri dalam
membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun luar bandar.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, PRIHATIN selaku penganjur utama berasa sungguh bertuah
di atas kerana penerimaan IPTA, IPTS, Institusi Kemahiran Tinggi dan rakan strategik lain menerusi JPKM 2022 ini.

“Ini menunjukkan keprihatinan oleh semua pihak membantu dan memahami
kepentingan pendidikan di dalam negara ini demi masa hadapan para pelajar yang
kurang bernasib baik.

“Peka dengan kehendak serta kepentingan bagi pendidikan, PRIHATIN menganjurkan JPKM dengan penjenamaan semula dari JPB sebelum ini dengan mengangkat aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ yang membuka peluang lebih besar kepada pelajar yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases