spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

JAKIM mahu Zul, Siti diambil tindakan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengenakan tindakan tegas terhadap aktor Zul Ariffin dan Siti Hariesa berhubung klip video panas tular membabitkan kedua-dua pelakon itu.

Difahamkan, babak panas lakonan kedua-dua mereka itu, atas kerelaan mereka.

Walaupun Zul, 36, hari ini sudah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada pihak tersinggung dengan video yang dimuatnaik di Instagram miliknya, namun pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM menggesa kementerian dan SKMM mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Ketua Pengarah JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, sedutan klip video Perempuan Itu, jelas mengandungi aksi berani dan mengghairahkan Zul bersama pelakon baharu wanita terbabit, justeru pihaknya memandang serius isu berkenaan dan menentang keras penyiaran program seumpamanya.

“Program (video panas) itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang oleh Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral yang melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat serta hukum syarak.

“Drama seumpama ini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadhan,” katanya menerusi kenyataannya, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hakimah berkata JAKIM juga menggesa stesen penyiaran penerbit, penulis skrip dan pelakon agar lebih cakna dan mengelakkan isu seumpama itu yang akan menyerap masuk ke dalam jiwa masyarakat.

“Ia bersalahan dengan budaya norma dengan ajaran Islam dan amalan murni masyarakat negara ini.

“JAKIM tidak akan berkompromi dengan isu isu-isu seumpama ini dan akan sentiasa bersama dengan semua pihak berkuasa berkenaan bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak berulang,” katanya.

Sedutan berkenaan turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang kesal terhadap klip promosi berunsur maksiat itu.

Zul Ariffin pada Jumaat lalu, mencetus kontroversi apabila memuat naik sedutan babak ‘panas’ lakonannya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa di akaun Instagram miliknya.

Namun, perkongsian itu mencuri perhatian orang ramai dengan menyifatkan adegan dilakonkan mereka menyerupai babak dalam filem lucah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases