KUALA LUMPUR : Punca dan identiti lelaki dewasa yang maut dalam kebakaran kereta di Jalan Prisma 1, Taman Prisma, Gelang Patah, Iskandar Puteri, malam tadi.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, sepasukan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 11.56 malam.
“Seorang lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian. Namun identiti mangsa masih tidak diperolehi lagi.
“Operasi diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Zainuddin ditamatkan pada jam 2 pagi tadi,” katanya.
Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta Proton Wira yang musnah kira-kira 50 peratus.
sumber : Berita Harian