spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Hilang adab Melayu punca anak jadi pemarah

- Advertisement -spot_img

Zaman dahulu, kita dididik dengan budaya hormat, disematkan dalam jiwa empati tinggi pada yang lain, adil dalam setiap penilaian dan perilaku, halusnya nilai itu sama seperti halusnya seni kraftangan yang menjadi kebanggaan Melayu.

Budi pekerti dan adab sopan itu ibarat satu perlembagaan agar kita tidak melampaui batas dalam pergaulan dan menjaga keharmonian hidup berjiran, bersaudara dan bermasyarakat.

Untuk sekian lama, musuh kita hanyalah golongan yang tidak menjaga adab, yang menceroboh tanah kelahiran kita, yang dikuasai rasa tamak menjarah setiap inci hak kita yang kita simpan untuk anak cucu kita.

Namun semakin hari, semakin terhakis nilai ini. Kita dilupakan dari sejarah itu, dilupakan dari adat resam Melayu sehingga mengubah ‘genome’ asal kita bangsa yang penuh tertib sehingga ‘kesopanan dan ketatasusilaan’ menjadi Rukun Negara.

Kita sudah tidak lagi kenal siapa diri kita, asal usul kita hala tuju hidup, itulah punca yang mengubah genetik kita menjadi seorang pengkhianat, pendendam, pembuli mahupun penjenayah.

Mantan Naib Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Wan Julia Sham Dato Ariffin berpendapat, tingkah laku kita amat di pengaruhi oleh faktor Epigenatik iaitu persekitaran di mana kita tinggal.

“Faktor Epigenatik inilah yang akan mempengaruhi genes atau genome kita yang berada dalam setiap sel badan, seperti otak dan tingkah laku.

“Sekiranya seseorang itu stress, maka tindak tanduk akan menjurus kepada perkara yang tidak baik. Anak-anak ini membesar melihat pemimpin di sekeliling kita.

“Sehubungan itu, sistem pendidikan kita mesti diubah .

“Pemimpin kita perlu ada prinsip hidup tidak seharusnya takut untuk laksanakan tanggungjawab kerana Allah .

“Ini semua anak-anak kita lihat dan belajar, jadi kita tidak boleh salahkan sepenuhnya pada anak-anak yang terjebak jenayah ini, mereka adalah cerminan sikap kita dan kegagalan institusi kita membentuk mereka,” katanya kepada Wacakini.com.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Wan Julia yang juga Pakar Anti Penuaan Regenerasi dan Rejuvenasi berpendapat, siasatan perlu juga menjurus kepada penjaga dan pendidik rumah anak yatim berkenaan ?

“Mereka diberi amanah untuk membesar dan mendidik anak yatim dan asnaf dan tidak sepatutnya mereka ‘menghasilkan produk sebegini’.

“Apa punca kumpulan anak yatim itu boleh bertindak ganas? Apakah kaedah didikan yang diberi?

Dr Wan Julia berharap agar kerajaan di bawah Kementerian Agama, Kementerian Wanita dan Kebajikan dan Kementerian Pelajaran duduk semeja untuk melihat semula sistem pendidikan dan kurikulum, agar anak-anak diberi ilmu seimbang dunia akhirat serta budi bahasa Melayu diperkasakan semula.

“Kejadian sebegini dapat dielakkan jika sistem pendidikan dan kurikulum diberi nafas baru, mana yang lama tidak manfaat perlu di ganti dengan lebih baik.

“Kita mengaku kita negara Islam tapi banyak sistem yang kita amalkan tidak 100 peratus Islam mengikut Al Quran dan Sunnah .

“Contohnya banyak masjid dan rumah tahfiz dan rumah anak yatim tetapi masih tidak selaras pengurusannya, tiada ‘pengisian’ dalam fungsinya.

“Saya sungguh berkenan cara negara Chenchya mendidik rakyatnya, pergilah ke sana belajar dan kongsi cara mereka mendidik, menjaga anak- anak mereka .

“Yang penting setiap apa yang diberi kepada anak-anak kita itulah yang akan membesarkan mereka.

“Kita mesti pastikan makanan yang diberi adalah dari sumber yang halal, dari sumber yang diberkat, menghasilkan tubuh dan otak yang sihat .

“Banyak isu berlaku akhir-akhir ini daripada peringkat politik, sosio ekonomi dan climate change sebenarnya mencerminkan bagaimana teruknya akhlak sebahagian kita semua, maka nasihat saya jaga amanah , jaga diri dan keluarga semuanya kerana Allah,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases