JOHOR BHARU – Hampir 50 peratus sudah keluar mengundi di kawasan Kulai, Johor sehingga jam 1 petang tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani berkata, maklumat itu adalah daripada Bilik Gerakan UMNO Wilayah Persekutuan.
“Cuma di Larkin masih belum ramai keluar, mungkin ada yang keluar bekerja, lepas jam 2 petang baru dapat mengundi.
“Nampak gayanya ada penanda yang baik kerana pengundi putih contohnya di Gambir sudah 80 peratus pengundi putih sudah keluar mengundi.
“Jadi itu petanda yang bagus, dan kawasan panas nampak ada peningkatan untuk pengundi putih. Saya harap dengan maklumat diberi ini dan juga menampakkan penyokong terutama daripada BN ada potensi untuk menubuhkan sebuah kerajaan di Johor.,” katanya kepada Wacanakini.com.
Tambah beliau peratusan yang tinggi keluar mengundi dan sokongan yang banyak kepada BN.