LARKIN : Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berharap golongan belia kembali memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir urus kerajaan.
Hairi berkata, kegagalan pentadbiran parti sebelum ini dari pelbagai aspek seharusnya menjadi penanda aras untuk menyerahkan kembali mandat kepada BN.
Tegas Hairi, golongan belia seharusnya menggunakan kebijaksanaan ketika memangkah pada 12 Mac depan susulan pembubaran DUN itu pada 22 Januari lalu lepas.
“Kalau kita lihat ketika ini, orang muda lebih mudah terpengaruh dgn media sosial. Oleh itu, saya berharap orang-orang muda khusus di Johor, melakukan kebijaksanaan apabila memangkah pilihan anda kerana ia memberi kesan yang besar sekiranya tersalah langkah.
“Contohnya, kita lihat tempoh 22 bulan apabila pakatan harapan mentadbir kerajaan, ketidak stabilan itu berlaku dengan ketara. Kegagalan itu dilihat dari segi pelaburan, kemakmuran dan perpaduan yang berpecah.
“Dari segi ‘expectation’ untuk pemuda dan orang muda di negeri Johor buat pertama kali juga, sejarah berlaku pengundi muda yang berusia 18 tahun boleh mengund. Maka, besar harapan saya apabila diberikan ruang dan peluang kepada orang muda untuk memberi mandat kepada BN,” katanya.
Hairi ketika wawancara bersama WacanaKini.com berkata, misi utama adalah untuk memberikan kestabilan pendidikan, ekonomi dan pelaburan buat rakyat Johor.
“Apabila Pakatan Harapan (PH) tumbang dengan sendiri, kemudian muncul pula Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin. Namun, sekali lagi apabila gagal melaksanakan apa yang diminta oleh orang muda.
“Sehinggalah Muhyiddin meletakkan jawatan, sehingga hari ini ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang berpegang pada tema Keluarga Malaysia. Jadi, saya lihat kestabilan politik ini terjamin apabila BN diberikan sekali lagi mandat khususnya utk PRN Johor,” kata Hairi.
PRN Johor dijangka menyaksikan pertembungan sengit apabila hampi semua parti utama akan meletakkan calon masing-masing.