spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dr Maza, Shahidan berbeza ideologi tapi rapat 

- Advertisement -spot_img

KANGAR : Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan hubungan akrab dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim adalah persahabatan tanpa mengenal status.

Jelasnya, biarpun mempunyai perbezaan dari aspek politik, namun ukhwah yang terjalin mengenepikan semua kelainan itu.

“Lazimnya saya tidak hadir bagi menjayakan majlis orang politik, namun kehadiran saya pada malam ini atas dasar persahabatan. Saya berkawan dengannya ketika dia menjadi Menteri Besar Perlis, apabila dia tak jadi Menteri Besar pun masih berkawan dengannya. 

“Dan tidak pernah satu hari pun saya mengurangkan perasaan yang ada pada Datuk Sri Shahidan ini biarpun beliau tiada jawatan. Apa yang boleh saya katakan adalah beliau merupakan kawan yang baik.

“Beliau ringan tangan untuk membantu orang, mudah-mudahan Allah SWT bagi pahala dan keikhlasan kepadanya. Saya harap kalau saya mati dulu, dia akan doa dan jika dia pergi dulu pun saya akan berdoa,” katanya.

Paparan ucapan ikhlas Mufti Perlis itu diambil dari akaun Tik Tok Peminat Tegar Shahidan Kassim menerusi aplikasi terbabit.

Majlis Makan Malam petugas dan sukarelawan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama Shahidan berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Kubang Gajah, di sini pada Jumaat.

Dalam majlis yang sama, Mufti Perlis itu turut membuka sesi soal jawab bagi berkongsi ilmu agama bersama para hadirin.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases