spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

DBKL tetapkan lima strategi utama untuk penjaja

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan Pelan Strategik Pembangunan Penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021 hingga 2030 dengan menetapkan lima strategi utama.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, salah satu strategi yang diberi fokus ialah Penyusunan Semula Penjaja dengan melaksanakan program Pengklasifikasian Kategori Aktiviti Penjualan yang melibatkan Penjaja Beredar dan Kanopi secara amnya.

Pelaksanaan program ini akan dijalankan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada lokasi hot spot penjaja dalam bandar yang perlu di beri keutamaan dalam penyusunan semula penjaja.

“Konsep penjajaan secara “multihawkers oriented” dijadikan sebagai best practices agar selain penyusunan penjaja dilakukan, dapat menarik minat pengunjung untuk mendapatkan keperluan makanan harian.

“Usaha ini boleh dicapai dengan penglibatan secara kerjasama strategik bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan serta menguruskan keperluan penjaja di tapak.

“Kerjasama ini dipertingkatkan dengan pelbagai inisiatif disalurkan dari semasa kesemasa agar kesegaran penjajaan ini sentiasa dikekalkan,” katanya.

Jelasnya, program penyusunan semula penjaja ini dimulakan di lokasi Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang yang memperlihatkan sejumlah 12 penjaja beredar dan 40 penjaja kanopi di selaraskan ruang perniagaan yang lebih kondusif serta sistematik dengan sokongan pengurusan kerjasama strategik.

Kerjasama strategik ini telah dijalankan bersama pihak Kuala Lumpur Food Truck Enterprenuer Association (KLFTEA) sebagai rakan strategik yang dilantik secara rasmi bagi menguruskan penyusunan semula penjaja dilokasi dengan pelbagai pendekatan yang lebih strategik.

Malah, semua penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang diberi peluang keemasan dengan penyusunan ini dan dilesenkan sepenuhnya. Ini merupakan jalan terbaik oleh DBKL bagi memastikan penjaja dapat meneruskan kelansungan hidup dengan aktiviti penjajaan.

Selain menyediakan penyusunan semula perniagaan yang strategik bagi usahawan ini, DBKL sentiasa menyediakan ruang penambahbaikan bagi meningkatkan perniagaan usahawan melalui pemerkasaan pengetahuan dan praktikal dengan penyediaan latihan keusahawanan secara berterusan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases