spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

DBKL rangkul dua anugerah Taman Awam

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkul dua anugerah Rosa-Sinensis (Penarafan Taman Awam) bersempena Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2022 pada hari ini.

Penganugerahan penarafan lima bintang Rosa-Sinensis adalah untuk dua taman awam DBKL iaitu Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa.

Ianya merupakan penyertaan pertama DBKL bagi tahun ini.

Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kepada wakil DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut hadir memberi sokongan dan berkongsi kegembiraan kepada sebuah agensi utama dibawahnya.

Pada majlis ini, turut diadakan pameran landskap yang disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan Johor.

Untuk rekod, Hari Landskap Negara adalah acara tahunan yang disambut pada 3 Mac setiap tahun.

Sambutan ini bertujuan bagi menggerakkan budaya landskap di kalangan rakyat sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Taman Indah.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Sulaiman Mohamed, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL, Zulkifli Endut

Tahniah DBKL di atas penganugerahan ini. Semoga menjadi penyuntik dan pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases