spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Belajar dari sejarah, kembalikan mandat BN

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

JOHOR BHARU – “Belajar dari sejarah, jangan terpedaya lagi dengan janji kosong manifesto yang tidak betul dan rakyat dipergunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Ketua UMNO Bahagian Labis Datuk Mohd Azahar Ibrahim.

“Sebagai Pengarah Operasi Dun Tenang dan Bekok, saya menyeru semua portfolio yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jentera agar bekerja kuat supaya rampas balik kedua-dua DUN.

“Kerana pada PRU lalu, kita tewas di kedua-dua DUN. Inilah peluang terbaik kita dapat mandat baru daripada rakyat di kawasan DUN Tenang dan DUN Bekok,”katanya kepada Wacanakini.com.

Sehubungan itu, beliau menyeru dan memohon agar semua pengundi di DUN Tenang dan Bekok berfikir secara matang, ambil kira faktor yang berlaku.

“Kerana di Johor sendiri masalah yang berlaku akibat ketidakstabilan politik dan ini kita lihat dalam masa tiga tahun, sudah tiga kali pertukaran Menteri Besar di samping kedudukan ekonomi negeri tidak kukuh.

“Jika sebelum ini di Johor menduduki, di tangga nombor satu hingga tiga, sudah jatuh menjunam hingga ke nombor lapan.

“Kita betulkan lagi, lebih-lebih lagi Johor terletak di Selatan Tanah Air, di pintu masuk Singapura dan memacu pertumbuhan segi tiga emas, antara Riau, Singapura dan Johor.

“Atas sebab itu, saya berharap semua rakyat dapat berfikir semula untuk beri sokongan kepada Barisan Nasional untuk kestabilan masa depan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases