spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bayar gaji mahal Menteri, Timbalan Menteri untuk ‘hilang’ di Parlimen?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Rakyat bayar mahal-mahal gaji Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan untuk ‘hilang’ di Parlimen?

Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan asakan soalan bertubi-tubi daripada beberapa Ahli Parlimen apabila dimaklumkan Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan tiada di Parlimen bagi menjawab soalan berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suasana persidangan yang baru sahaja bermula 15 minit pertama itu mula bahang sebaik sahaja Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab kerana dimaklumkan tiada wakil dari Kementerian Kewangan (MoF).

“Menteri Kewangan tidak ada, diambil maklum. Minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawabnya,” kata Mohd Rashid.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pula yang menjawab bagi pihak Kementerian Kewangan (MoF).

Sebaik keputusan dibuat, beberapa Ahli Parlimen menyuarakan rasa tidak puas hati, membuatkan Dewan panas seketika.

“Ini tidak berapa betul Speaker,” kata salah seorang Ahli Parlimen.

“Mana Timbalan Menteri? Macam mana nak jawab soalan tambahan nanti?” soal Ahli Parlimen lain.

“Mana Timbalan Menteri? Takkan seorang pun tiada? Macam mana Timbalan Menteri Kewangan tiada?
“Dua orang! Kenapa kita bayar mahal-mahal?” soal Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH – Lembah Pantai).

Meskipun diasak dengan soalan sama, Idris tidak berganjak dan terus membacakan jawapan bagi mewakili kementerian berkenaan.

Ketika sesi soalan tambahan juga, Idris tidak menjawab soalan diberikan dan memaklumkan MoF akan menjawab soalan berkaitan nanti.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases