spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Apa punca kanak-kanak jadi ‘pembunuh’?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

Demi kerana duit RM4, nilai itu sangat besar bagi yang amat memerlukan. Bagaimanapun, kerana nilai itu juga menjadi punca pergaduhan di kalangan kanak-kanak hingga membawa kepada kematian.

Persoalan di sini, kanak-kanak yang sewajarnya dilindungi, ditunjuk contoh yang baik untuk menyambung usaha kita membangunkan masyarakat dan negara pada masa depan.

Tetapi sebaliknya mereka berubah menjadi samseng, hati penuh dendam kesumat dan kebencian, budaya fitnah dan hasutan berleluasa, cepat menghukum malah lebih teruk mengubah diri mereka sebagai pembuli dan pembunuh.

Apakah sistem moral masyarakat kita sudah rosak? Jejak langkah siapa yang mereka ikut? Apakah yang kita sudah tanam dalam jiwa anak-anak ini yang lahirnya seperti kain putih?

Tahun lalu kita dikejutkan perbuatan ahli masjid sepak terajang, dera ala militan ke atas remaja yang mengalihkan tabung masjid.

Tahun ini kita dikejutkan dengan sekumpulan kanak-kanak membelasah rakan sebaya hingga maut, kenapa budaya kebencian dan menghukum berleluasa?

Mari kita soroti kes jenayah ini, jumlah RM4 itu menjadi punca seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi berusia 11 tahun, di sini, maut akibat dibelasah oleh seorang remaja lelaki di bangunan surau asrama rumah anak yatim dan miskin, di sini, pada Ahad.

Mangsa dipercayai disepak, dicekik, dan dihempas ke lantai oleh suspek berusia 16 tahun, sehingga tidak sedarkan diri, dalam kejadian antara jam 3.45 hingga 4.15 petang di bangunan kompleks berkenaan.

Wacanakini.com baru sahaja melaporkan contoh isu sebegini menerusi artikel berjudul ‘Jawapan isu murtad versi saya’, dengan mendedahkan situasi akhlak ahli agamawan yang dipamerkan mereka hari ini, bakal diulang tayang oleh generasi anak muda yang berdepan ‘midlife crisis’.

Ia kerana, mereka melihat akhlak yang dipamerkan orang agamawan tidak jauh beza atau lebih teruk dari agama lain, orang yang salahguna kuasa, rasuah masih boleh mengenakan jubah kopiah lagi, salah laku golongan ini disorok malah melakukan tindakan ketidakperikemanusiaan.

Sebagai contoh, satu video lawak namun mendalam ‘isi’nya, menyampaikan senario sebenar dalam kalangan agamawan yang sibuk membangunkan masjid besar dan gah, namun mengabaikan anak kecil yatim piatu yang kelaparan dan mengambil tabung masjid, sehingga ahli masjid tidak berpuas hati lalu ingin memburu dan membunuhnya tanpa sekelumit hati nurani membantu anak kecil itu.

Begitu juga kes yang berlaku terhadap Daniel Iskandar, 19, yang dipukul, dimandikan seperti `jenazah’ atau Waterboarding (kaedah penyeksaan air biasanya ala militan), diserkup mukanya oleh pengurusan sebuah Masjid Al Islahiah di Kilometer 28 Kuang, Rawang, 8 Januari lalu.

Daniel Iskandar dituduh cuba mencuri tabung masjid yang sehingga kini tidak pernah dinyatakan nilai jumlahnya oleh mana-mana.

Bagaimanapun, isu sebegini banyak berlaku dalam kalangan orang miskin dan hina, bukan orang kaya kerana pasti wang tidak menjadi masalah bagi mereka.

Berbalik kepada kes kanak-kanak Muhammad Hafdan Qurbani, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan siasatan awal, motif kejadian dipercayai kerana tidak berpuas hati dan ada unsur dendam suspek terhadap mangsa.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama tujuh rakan, termasuk suspek yang dilantik sebagai ketua ditugaskan untuk melakukan gotong-royong membersihkan surau.

Katanya, ketika di surau itu, suspek dipercayai mencekik dan menghempas mangsa ke lantai sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

“Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mengambil wangnya berjumlah RM4,” katanya.

Beliau berkata, suspek juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang tidak mengambil serius tegurannya.

“Tindakan suspek terbongkar selepas kejadian itu disaksikan tujuh penghuni asrama lain,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa tiga pelajar lain yang juga penghuni di situ ke rumah penyelia asrama yang juga pengadu berusia 35 tahun.

“Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawanya ke hospital bersama seorang lagi penyelia untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataannya, di sini.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Katanya, susulan kejadian itu suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kompleks asrama berkenaan di bawah seliaan kerajaan negeri mempunyai kira-kira 36 penghuni yang terdiri daripada anak yatim dan anak-anak asnaf.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases