spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Aneh, Lim tidak didenda ketika berpeluk?- soal Najib

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Sikap ibarat kanak-kanak tidak puas hati kerana tidak dapat alat mainan yang disukainya.

Begitulah analogi daripada tangkap layar, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menulis kompaun terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang sudah dikeluarkan.

Beliau dalam nada sinis mengingatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar membayar satu kompaun semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor yang masih belum dilunaskan.

Tambah Khairy, KKM juga berharap Najib menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawainya enggan menerima sebelum.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada Lim Kit Siang. KKM juga harap Najib bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Najib pula mempersoalkan kenapa Lim tidak didenda kerana berpelukan dengan berpuluh ahli parti semasa Kongres DAP pada hujung minggu lalu, sedangkan Lim melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam acara itu.

Kata Najib menerusi FB nya, “Kit Siang seorang je yang kena kompaun? Itupun satu kompaun berjumlah RM1k yang dikeluarkan semalam.

Tapi yang berpeluk itu adalah berpuluh orang?

(Entah kenapa dia kaitkan kompaun Kit Siang dengan saya tapi saya akan bayar lima kompaun anda terhadap saya)”

Penulis teringat dialog filem Musang Berjanggut, arahan P.Ramlee (1959) ‘’Undang-undang negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam!”menyerlahkan sifat hipokrit yang tugas hakikinya ialah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara kehidupan sejagat.

Keputusan “double standard” Musang Berjanggut ini menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa undang-undang dijalankan secara dua darjat.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases