spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Adegan panas : SKMM bakal ambil tindakan undang-undang?

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : “Semua pengendali syarikat televisyen diberi amaran tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh sensitiviti agama dan rakyat di negara ini,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal mengambil tindakan sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

“Di bawah peraturan sekarang, kerajaan memberi kuasa penapisan bagi konten drama di peringkat stesen televisyen, yang mana mereka dikehendaki membuat pengawalan sendiri.

“Sekiranya kita mendapati stesen televisyen tidak menjaga garis panduan tertentu, terutama menyentuh hal agama, budaya, adat resam dan sebagainya, maka saya akan menyemak semula kemudahan itu dan kita akan menarik balik,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam dari Parlimen Ketereh, sempena program ‘Back To School’, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas video dimuat naik oleh seorang pelakon tempatan di laman sosial Instagramnya, yang memaparkan babak panas dipercayai adegan dalam sebuah drama yang belum disiarkan.

Annuar berkata, kemudahan yang disediakan kerajaan di bawah kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tidak sewajarnya diabaikan oleh syarikat televisyen sehingga tidak mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita memberikan kemudahan atas kepercayaan, semua stesen televisyen yang bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membuat drama terbabit, tetapi perlu wajib mematuhi garis panduan yang disiapkan.

“Bagi saya adegan yang tidak Melayu, tidak Islam sifatnya, yang menyinggung perasaan orang Melayu, orang Islam dan sebagainya ini, sebenarnya tidak perlu menunggu pihak kementerian menegur kerana kita perlu faham sendiri batas-batas dalam adegan tersebut, yang tidak bersesuaian,” katanya.

Penularan video itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menerusi Facebook miliknya turut memaklumkan, akan menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara itu boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Sementara itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan media semalam turut menjelaskan, adegan yang dipaparkan dalam drama itu tidak sesuai disiarkan malah tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen televisyen itu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases