spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ada bahagian potensi menang tetapi masih banyak kelabu

- Advertisement -spot_img

KOTA TINGGI :”Ada bahagian yang kita nampak boleh menang tetapi masih banyak bacaan kelabu,” luah Exco Wanita UMNO Datin Shamsiah M Yassin kepada Wacanakini.com.

Beliau berkata, kita semakin menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seharusnya ada dua warna saja iaitu hitam dan putih.

“Malah menerusi mesyuarat bersama jentera-jentera BN, kita mengkaji bahagian mana yang harus diberikan perhatian lebih” katanya pada majlis Perlawanan Futsal yang diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara jentera BN dari Arau, Perlis dan Sungai Redan.

Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan jentera parti dalam menghadapi PRN Johor yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Shamsiah berharap BN akan kembali mentadbir, bagaimana pun enggan berada pada kedudukan selesa sebaliknya mensantuni Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengenal pasti pengundi putih yang keluar mengundi.

Jelasnya, seramai 70 jentera BN daripada Arau, Perlis tiba di Kampung Temenin Baru, di sini bagi membantu kelancaran PRN yang bakal menjelang.

“Alhamdulillah…Rombongan daripada Perlis seramai 70 orang telah sampai di Kampung Temenin Baru hampir tiga minggu bagi membantu PRN Johor. Ini yang mana Perlis berperanan sebagai keluarga angkat kpd dua DUN iaitu PANTI dan Pasir Raja.

“Perlawanan futsal ini adalah kegemaran orang muda jadi kita mahu ambil pengundi muda itu bersama-sama dengan saling mensantuni sesama orang muda.

“Saya melihat sokongan daripada Ketua Cawangan dan Ketua Wanita sangat memberangsangkan.

“Gerak kerja kami adalah untuk menyantuni pengundi-pengundi dan dalam masa yang sama membantu orang ramai ketika PRN nanti,” katanya.

Tambah Shamsiah, beliau berharap inisiatif dan aktiviti-aktiviti yang disusun juga dapat membantu peningkatan majoriti dalam pengundian.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases