JOHOR BHARU – “Kami sudah beri 100 peratus komitmen dengan UMNO, sudah pergi ‘door by door’, setakat ini 80 peratus DUN-DUN JB, Larkin semua memang hendak undi BN, semua putih,” kata Timbalan Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan, Siva Shanker .
Katanya, lagi 20, 15 peratus kelabu, lima peratus hitam.
“Kami tak pergi ke hitam, kami fokus pada undi-undi kelabu supaya menjadikan mereka kepada putih.
“Kami sekarang jaga kawasan DUN Larkin, kami ada beberapa program untuk masyarakat India di DUN-DUN JB.
“Kami melawat door by door, beritahu pelan jika BN menang besar di sini, apakah manfaat yang diaorang akan dapat dan macam mana kestabilan Johor akan pergi lebih jauh cemerlang daripada sebelum ini.
“Ye kami berpuas hati dengan calon BN, memang terbaik, calon muda, muka baharu dikemukakan di sini, kami akan beri 100 komitmen, untuk calon semua orang termasuk rakyat India,” katanya