spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

UK dakwa vaksin kanak-kanak 12 tahun ke bawah sia-sia

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

LONDON : Saintis dari United Kingdom (UK) mendakwa langkah menawarkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dilihat tidak membawa perbezaan ketara malah hanya usaha sia-sia.

Pakar penyakit berjangkit dari Universiti East Anglia, Prof Paul Hunter mendakwa, pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak sihat adalah sia-sia sahaja kerana sebahagian besar golongan itu dijangkiti varian Omicron ringan dan sudah pulih.

Kenyataan pakar terbabit turut disokong Jabatan Perangkaan Britain yang melaporkan, hampir tiga perempat kanak-kanak berumur 8 hingga 11 tahun sudah mempunyai antibodi COVID-19, setakat 10 Januari lalu.

Lapor Daily Mail, Panel Penasihat Program Vaksinasi Britain dijangka membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, minggu ini.

Ketika ini, hanya kanak-kanak dalam kumpulan umur itu yang secara klinikal terdedah kepada virus atau tinggal bersama ahli keluarga, ditawarkan suntikan vaksin COVID-19 di Britain.

Laporan itu mendedahkan risiko jangkitan teruk adalah lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak sihat, dengan hanya enam daripadanya meninggal dunia akibat virus pada tahun pertama pandemik di England.

Data di UK juga menunjukkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menawarkan perlindungan sekurang-kurangnya 10 peratus terhadap varian Omicron.

Justeru, Hunter berkata, beliau tidak akan mengesyorkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang sihat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Pada September lalu, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) memperluaskan program imunisasi kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun bagi melindungi dan mengelak sebarang gangguan selanjutnya terhadap pendidikan mereka.

“Kita masih belum melihat keberkesanan vaksin dalam menghentikan gangguan ini.

“Jadi, saya rasa manfaatnya adalah kecil dan mungkin sudah terlambat kerana kebanyakan kanak-kanak sudah mempunyai virus Omicron,” katanya. – AGENSI

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases