spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tengkorak warga emas cina ditemui

- Advertisement -spot_img

MELAKA: Tergempar apabila penemuan satu tengkorak manusia yang dilaporkan hilang pada bulan lalu.

Difahamkan, tengkorak tersebut dipercayai milik seorang warga emas berbangsa cina dan telah ditemui di kawasan tanah lapang bersebelahan sebuah hotel di Jalan Tengkera di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal di tempat kejadian menemui kad pengenalan milik seorang lelaki berusia 87 tahun.

“Pihak polis telah menerima panggilan daripada pengadu yang merupakan seorang pekerja kedai tayar kira-kira pukul 6 petang memaklumkan menjumpai tengkorak dipercayai manusia.

“Pemeriksaan dilokasi kita menjumpai kad pengenalan diri dipercayai milik mangsa yang berbangsa Cina dan berusia 87 tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Ihsan Kosmo.

Hasil siasatan yang dijalankan, polis mendapati individu malang berkenaan dilaporkan pernah hilang oleh anak saudaranya pada 31 Januari lalu.

“Mangsa dikatakan tinggal seorang diri di alamat seperti yang tertera pada kad pengenalan serta mempunyai masalah pelupa akibat keadaan usia yang sangat tua.

“Kita syaki mangsa telah berjalan kaki dari rumahnya yang tidak berapa jauh sebelum kemungkinan terjatuh di kawasan semak itu dan meninggal dunia,” katanya

Sumber Kosmo.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases