KUALA LUMPUR : Jika kita lihat bidang sukan bola sepak dan badminton amat digemari pelbagai latar belakang masyarakat kerana corak permainannya mudah.
Sesiapa sahaja daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak pandai bermain bola sepak, boleh tangkis bola badminton.
Tetapi lain pula dengan sepak takraw walaupun sudah wujud sejak sekian lama.
Sukan sepak takraw ini dilihat kurang popular berbanding bola sepak atau badminton, mungkin kerana permainannya lebih sukar.
Apakah punca yang menyebabkan sukan tradisi ini kurang mendapat tempat dihati penggemar sukan?, tinjauan Wacana mendapati ramai yang mendakwa sukan ini kurang mendapat publsiiti yang meluas berbanding sukan bola sepak ataupun badminton.
Seorang peminat sukan tepak takraw, Mohd Herman Mohd Anuar, mendakwa sukan ini kurang menyerlah kerana ramai tidak tahu cara untuk main.
“Sepak takraw tak seperti bola sepak. Sepak takraw lebih susah kawal bola, jadi orang kurang minat.
“Saya pula hanya main bola ini suka-suka sahaja bukan untuk profesional,” katanya kepada Wacanakini.com.
Beliau berpendapat sukan ini semakin berkembang jika disiarkan secara langsung di televisyen, bagi semua orang di dalam dan luar negara boleh tonton.
Seorang lagi peminat, Mohd Yusri Zahrin berpendapat sukan sepak takraw ini kurang mendapat publisiti, tiada pendedahan terbaru, turut menyebabkan sukan ini kurang dikenali.
“Tambahan pula negara diancam Covid-19 yang menyebabkan aktiviti sukan terkesan termasuk sepak takraw.
“Dahulu ada jelajah memperkenalkan sukan-sukan tertentu, kini mana ada,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi Mohd Amin menyatakan sokongannya terhadap KL Thunder.
“Generasi hari ini kurang pendedahan dengan sepak takraw berbanding bola sepak, saya rasa perbanyakkan pendedahan kepada budak-budak
“Tahun ini, pandangan saya sepak takraw lebih berkembang daripada tahun-tahun lepas seperti Putrajaya Cyborg,” katanya.