spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sakinah berang status agama dipersoal, kemuka bukti

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : “Nak bukti ‘swipe’ ke kanan, terima kasih kerana mengharu birukan keadaan. Kalau sudah cakap dah la, dah la tak perlu buruk sangka.

“Kami tidak memuat naik bukti kerana tidak mahu mengharu birukan keluarga mentua. Cuba anak awak tiba-tiba bertukar kepada agama Hindu, mesti mak awak juga melenting kan?

Demikian luah pelakon Sharifah Sakinah berang apabila ada pihak yang mempersoalkan status agama suaminya, Michael Hansen selepas dia mendedahkan mereka sudah berkahwin.

Tegas Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, sepatutnya tiada pihak yang mempersoalkan status suaminya selepas dia mendedahkan mereka sudah berkahwin.

Malah, adik kepada penyampai radio Sharifah Shahira itu turut meletakkan tanda pagar akan memadamkan paparan di Instagram selepas mengemukakan bukti berkenaan.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, kad perakuan itu dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pelakon yang sering berkongsi rutin senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat itu mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen dan terpaksa merahsiakannya atas faktor peribadi.

Malah, Sakinah juga tidak memperincikan butir lanjut seperti lokasi dan tarikh perkahwinannya.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases