JOHOR, 6 Feb 2022 : Kenyataan Tuan Ibrahim Mohd. Yusof, Pesuruhjaya Sukan (PJS) hari ini yang mempertimbangkan untuk mewujudkan entiti baharu mewakili sukan sepak takraw bagi menggantikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bukan sahaja mengejutkan, malah membelakangkan pandangan ahli gabungan berkenaan.
“Malah PJS juga sedia maklum bahawa PSM akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 12 Februari ini yang dikehendaki.
“Justeru, sepatutnya PJS memberi ruang kepada ahli gabungan, khususnya barisan kepimpinan PSM yang baharu nanti untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.
“Apatah lagi, 13 negeri yang menjadi ahli gabungan sekarang adalah majoritinya menyokong PSM.
“Persoalannya, kenapa kenyataan atau cadangan untuk mewujudkan entiti baharu itu dibuat sekarang?
“Apakah PJS dipengaruhi oleh pihak yang berada di luar PSM?
“Diharap tiada pihak luar campur tangan dalam kemelut yang melanda PSM termasuk isu membabitkan ASTAF.
“Biarlah barisan kepimpinan baharu yang akan dipilih pada 12 Februari nanti menyelesaikan masalah dan kemelut ini.
“PJS sepatutnya membantu, bukannya ibarat sokong yang membawa rebah.